Kamis, 14 Oktober 2010

3 Ciri Utama Produk Yang Dapat Dijual

1) Produk yang menyelesaikan masalah.

Kebiasaannya, pelanggan akan mencari produk yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah mereka. Sebagai contoh, produk yang boleh menghilangkan mengantuk, produk yang boleh menjimatkan minyak, produk merawat keputihan, produk untuk cepat kurus, produk untuk mengelakkan rambut gugur dan lain-lain.
2) Produk yang kecil dan ringan.

Produk yang anda akan jual mestilah ringan supaya kos penghantaran dapat dikurangkan. Sekiranya kos penghantaran rendah, harga yang boleh jual juga murah. Ini akan menarik perhatian pengunjung untuk membelinya dan keuntungan untuk anda akan meningkat.
3) Produk yang sukar didapati di pasaran biasa.

Anda tidak digalakkan menjual produk yang sudah biasa jual di pasaran biasa. Sebagai contoh, syampu Rejoice. Ianya sudah berlambak di pasaran biasa. Apa yang penting ialah, anda perlu mencari sesuatu yang senang diperoleh di tempat anda, tetapi sukar diperolehi di tempat lain. Sebagai contoh, sekiranya anda anda berada di Sarawak, anda boleh jual Kek Lapis Sarawak (original).

http://www.hafizizain.com/perkongsian/3-ciri-utama-produk-yang-sesuai-dijual-secara-online.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar